Monday, August 2, 2010

ANTARA FADHILAT AZAN



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Segala puji yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Raja Penguasa Yang Maha Agung iaitu Allah S.W.T.Selawat dan salam yang tidak terkira banyaknya semoga dilimpahkan buat Rasul Junjungan yang tercinta Nabi Muhammad S.A.W,keluarga dan sahabat- sahabat baginda S.A.W sekaliannya.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian
.
Sepertimana yang kita sedia maklum yang bahawasanya Azan adalah salah satu tanda syiar islam.Terlalu besar fadhilat Azan kepada kita didunia dan akhirat.Azan akan dikumandangkan menandakan masuknya waktu solat fardhu.Azan juga akan dikumandangkan untuk menghalau makhluk halus yang mengganggu manusia yang mana ianya dikumandangkan secara sederhana sebanyak 7 kali secara sederhana.

Disini saya ingin kongsikan salah fadhilat azan yang mana ianya amat berguna sebagai salah satu senjata ampuh dimasa kini..Kisah ini berlaku di sebelah pantai timur.Si A adalah salah seorang kawan kepada penulis email ini.Si A semasa remaja agak liar dan ganas.Maklumlah kampungnya bersebelahan dengan selatan thailand.Satu kejadian yang terjadi sewaktu dia remaja ini dapat kita jadikan iktibar dan senjata pertahan diri khususnya kepada wanita.


Dipendekkan cerita si A bercinta dengan seorang gadis iaitu si M.Akibat terperngaruh dengan gaya pergaulan bebas kawan-kawan liarnya,si A telah memperdayakan si M untuk pulang ke rumah dengan alasan "NAK TUKAR BAJU/NAK AMBIL BARANG/NAK MANDI DSB".Akibat terlalu percayakan si A,si M ikut si A masuk kerumah.Sebaik saja si M masuk ke rumah,si A terus mengunci pintu dan terus menghampiri dan memeluk dengan rakus si M untuk memperkosa si M.Apalah yang ada pada keupayaan wanita untuk melawan kekuatan si lelaki yang bernafsu syaitan pada ketika itu.Setelah hampir2 lemah tidak berdaya melawan lagi, si M dengan tidak semena-mena melaungkan azan dengan sekuat hati.Masya Allah, dengan secara tiba2 juga si A terus membatalkan niat untuk memperkosa si M dan terus meninggalkan si M menangis teresak-esak.


Si M terselamat daripada menjadi mangsa lelaki bernafsu serakah itu.Kisah ini diceritakan sendiri oleh si A kepada penulis email ini.Penulis email ini terpanggil dengan izin Allah S.W.T untuk menulis akan hal tersebut buat tatapan sesama saudara islam yang tersayang.Semoga banyak manfaat.InsyaAllah.

Wallahu a'lam