Tuesday, August 24, 2010

CINTA UMAR AL-KHATTAB KEPADA RASULULLAH S.A.W


Kisah al-Quran

(siri 55)


"Nabi itu(hendaklah) lebih utama bagi orang-orang Mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain menurut (hukum) kitab Allah, daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu.Hukum yang demikian itu adalah tertulis di dalam kitab Allah.(al-Ahzab:6)"


Orang Islam perlulah mencintai Rasulullah s.a.w melebihi cintanyakepada diri sendiri.Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Tidak beriman seseorang kamu sebelum kamu mencintai aku lebih daripada kamu mencintai dirimu, hartamu, anakmu dan amnusia sekaliannya."

Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah s.a.w,"Wahai Rasulullah, aku mencintai engkau melebihi segalanya -galanya kecuali cintaku kepada diriku sendiri."

"Tidak, ya Umar,"jawab Rasulullah s.a.w.'Engkau mencintai aku melebihi cintamu pada dirimu sendiri."

"Ya rasulullah, sesungguhnya aku mencintaimu melebihi segala-galanya ,walaupun diriku sendiri."kata Umar al-Khattab.

"Sekarang baru betul,"kata Rasullullah s.a.w.

Tidak ada orang di dunia ini yang mencintai Rasulullah s.a.w seperti Abu Talib mencintainya.Abu Talib memelihara Rasulullah s.a.w dengan penuh kasih sayang ketika Baginda masih kecil.Apabila musuh Islam mencari rasulullah, Abu Talib akan melindungi Baginda.

Apabila orang kafir Quraisy memulaukan Rasulaullah s.a.w, Abu Talib tetap teguh di sisi anak saudaranya itu.

Kecintaan kepada rasuklullah s.a.w adalah salah satu perakuan bahawa Baginda adalah Rasul Allah yang diutuskan ke dunia ini untuk menyamp[aikan risalah Allah kepada umat manusia.

Orang-orang yang beriman mengakui kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Perintah Baginda harus dipatuhi dan dilaksanakan.

Orang-orang Islam dahulu menunjukkan bukti cinta mereka dengan sentiasa berada di sisi Rasulullah s.a.w unutk memeprtahankan Baginda daripada apa jua ancaman.Mereka rela syahid demi Rasullah s.a.w

Umat Islam perlu memperbayakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.Ikutilah dan hayati Sunnah- sunnah rasulullah bagi membuktikan cinta kita kepada Baginda s.a.w.


(Petikan daripada buku Untaian 366 kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd.).

No comments:

Post a Comment