Thursday, August 19, 2010

PENYAKIT SOMBONG

Ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan ilmu kepada para sahabat r.a, datang seorang lelaki miskin masuk dan duduk bersama dalam majlis ilmu tersebut.Tiba-tiba seorang lantas bangun kerana tidak mahu duduk bersebelahan dengan lelaki miskin tadi.Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaki tersebut kenapa beliau bangun.Beliau berkata bahwasanya dia takut penyakit miskin lelaki itu berjangkit kepadanya.Lantas Rasulullah s.a.w menjawab dengan mengatakan penyakit miskin tidak berjangkit.Setelah mendengar jawapan Rasulullah s.a.w itu, maka lelaki tadi duduk kembali ditempat asalnya.Setelah beliau duduk, kemudiannya lelaki miskin yang telah duduk tadi bangkit untuk berpindah tempat.Lantas ditanya oleh Rasulullah s.a.w,kenapa beliau bangkit?.Lantas jawabnya.Beliau takut penyakit sombong tersebut berjangkit kepadanya.Rasulullah s.a.w menjawab benar.

No comments:

Post a Comment